kerana cuma bulan yang tahu
membikin cahaya indah bertebar,
bintang memilih untuk diam mengerdip dengan kilau
berpijar-pijar.
kerana cuma tuhan yang tahu
mana salah mana benar,
aku memilih untuk diam dan tak hirau apa yang sedang
disebar-sebar.