Jalan Kebenaran .

Kiri kanan jalan penuh papan tanda .
Aku berusaha mencari papan yang menunjukkan jalan untuk ke hatimu .
Kabur .
Masih meneruskan perjalanan .
Berharap agar ketemu jalan itu kelak .
Masih berusaha .
Enggan putus asa .
Tak mahu mensia siakan perjalanan yang aku mulakan .
Penat semua aku ketepikan .
Biar penat , biar lelah .
Asalkan hasilnya aku dapat .
Syukur .
Setelah lama aku usaha ,
Setelah lama aku bersabar,
Akhirnya aku ketemu jalan kebenaran .
Jalan untuk ke hati kau .

Separuhnya Lagi .

Pagi itu suram . Minah tu rasa macam tak sedap hati . Hari itu lain . Tak macam hari hari biasa yang dia jalani .  Masa dia mandi pagi itu , dia lansung tak menyanyi . Ini menambahkan lagi rasa pelik dalam diri . Selalunya , pukul 5 pagi dah dengar dia melalak dalam bilik air . Dalam otak ligat berfikir . Macam macam kemungkinan yang ada . Ish ! Apa sebenarnya akan jadi ni ? Hati sibuk memujuk diri sendiri . Biar tenang kononnya . Sebenarnya , minah ni pelik . Tak suka berkawan . Lebih senang tersenyum sendiri menghadap telefon pintarnya . Biasalah , remaja . Macam macam ! Twitter , facebook , whatsapp . Entah apa lagi . Banyak sangat untuk disenaraikan . Tapi mujur rakan rakannya memahami . Dah faham sangat . Mari baca , aku mahu cerita pasal 'kisah cinta' minah ni . Empat bulan lepas , minah ni ada seorang pakwe . Sama macam orang lain , disogokkan sikit ayat bunga bunga , habis cair bak lilin . Kononnya ! Tapi kasihan pakwe dia . Sama nasib macam yang dialami oleh bekas bekas pakwe minah tu . Entah berapa ramai bekas pakwe dia . Dia tak peduli . Bekas , biarlah . Mahu fikir apa lagi ? Yang lepas , biarkan lepas . Aiseyman , pandainya cakap ! Sebenarnya , cerita yang sebetulnya belum diceritakan lagi ni . Berbalik pasal pagi tadi . Memang betul kata hatinya ! Pagi yang dah tak seberapa nak pagi tu , kawan dia menyampaikan berita . Pasal pakwe dia . Ingatkan pakwe dia boleh tunaikan segala janji yang ditaburkan sebelum ni , rupa rupanya sama . Tapi minah tu tak kisah sangat . Dah biasa . Cis tak kisah lah sangat ! Mahu dekat seminggu dia menangis . Haha . Minah ni gaya macam hati kering , konon macam kuat habis lah . Tapi sebenarnya , hati agar agar ! Rupa rupanya , pakwe dia dah ada awek lain . Mahu tahu apa yang jadi lepas tu ? Dia terus tak suka nak ada pakwe lagi . Serik ! Dia suka tak mahu diperbodohkan dengan janji janji palsu . Tapi dia sentiasa mengharap , masih berangan angan supaya sesuatu yang belum pasti akan datang membawa belahan hati serta payung untuk melindungi dirinya . Sentiasa berharap agar angan angannya akan disambut kenyataan . Empat bulan lepas kejadian tu , tiba tiba hadir pelangai selepas ribut . Pelangi itu berjaya membuka pintu hatinya . Tapi dia masih mengharap , agar kali ini tiada lagi ribut . Meskipun khuatir , namun dia tetap teguh dengan pendirian . Persetankan apa kata orang , asalkan dia tahu siapa yang dia sayang . Belahan hatinya telah diberikan pada lelaki itu . Semoga lelaki itu menjaga belahan hati tersebut seperti menjaga hatinya sendiri . Hati minah itu terlalu fragile . Terima kasih Tuhan , kau berikan semula sinar .

Untuk kau . Semoga kau membacanya .

Isi Hati Kononnya .

Bernafas dengan udara yang sama bukan ? Jadi apa alasan kau nak berlagak ? Mengapa perlu pentingkan diri ? Tak perlu bongkak ! Pernah kau fikir perihal orang lain ? Boleh kau bernafas dalam air ? Kalau jawapannya tidak boleh , jangan cuba berlagak macam dunia ini kau yang punya . Bodoh . Orang macam kau , hanya layak untuk dihumban dalam dalam perigi beracun . Biar kau mati . Mati lemas . Bunyi macam kejam ? Sekurang kurang nya aku tak sekejam kau . Tak sekeji kau . Terasa ? Memang ini untuk kau . Oh , jari tengah aku suka benar sama kau . Bukan mahu berlagak , tapi aku memang ego . Biar dipanggil bodoh sekalipun , aku tak peduli . Pesanan untuk diri sendiri , tolong jangan terlampau percaya , Mohon jangan terlampau menaruh harapan pada orang . Harus tenang meskipun ribut didalam hati . Aku kan kuat ! Kononnya kuat . Walaupun hakikatnya lemah , tapi aku rela simpan sendiri . Tak rela dicaci maki . Orang sekarang terlalu suka mengadili orang . Tenang , jangan ambil alih kerja tuhan sayang . Kau tahu apa yang aku rasa sekarang ? Kau mahu tahu ?! Rasa macam nak pergi depan cermin lalu ludah . Padan muka aku . Haha . Ah , entah sampai bila harus pujuk diri sendiri .

Time Machine .

Alangkah bagusnya kalau suatu hari masa jalan jalan , aku tersepak botol yang dalamnya ada seekor jin yang minta supaya aku buat 3 permintaan . Kan bagus ! Permintaan yang pertama , aku mahu dunia yang aman . Tanpa perang , tanpa kematian akibat bom serta bedilan senjata . Aku mahu dunia yang aman ! Kerana aku mahu anak anak cucuku hidup dalam dunia yang aman . Kedua , aku mahu segudang wang . Tapi untuk apa ? Biarlah aku gunakan wang wang itu untuk membantu orang . Masih ramai yang memerlukan bantuan . Maksud aku , yang benar benar memerlukan bantuan . Ramai yang susah tetapi tidak dibantu . Persoalannya , mengapa tidak dibantu ? Kerana manusia kejam . Yang kaya , masih mahu mencari kekayaan . Tamak ! Permintaan ketiga , aku mahu minta lagi tiga permintaan . Kalaulah boleh putarkan semula masa , kalaulah time machine benar benar wujud , aku sanggup membelinya . Aku mahu kembali menjadi seorang bayi . Yang hanya tahu menangis serta merengek . Aku penakut . Pengecut ! Masih belum berani menghadapi liku dunia .

Hati Hati Sayang .

Makin tinggi cita cita ,
Makin jauh kau nak pergi ,
Makin banyak dugaan kau perlu tempuh .
Makin gayat jadinya kau nanti .
Hati hati sayang .
Nanti terjatuh .

Aku Akan .

Aku akan jadi isteri satu hari nanti .
Aku akan jadi seorang ibu kepada anak anak aku nanti .
Soalnya , mana bakal suami aku ?

Blah Lah !

Kenal pun tak lama ,
Dah mula rasa rindu .
Rasa rasa babi namanya .
Pasti kau tak merasakannya . Kan ?

Seperti Hujan .

Gelapnya malam . Dingin .
Telinga tersumbat earphone . Mainkan lagu sedih .
Titisan airmata mengalir .
Kenapa sedih ?

Mungkin Tak Sama .

Terasa macam orang bodoh bila orang yang aku suka tak pernah nak sedaryang aku suka dia . Dia feelingless .
Aku yang terhegeh hegeh . 
Maaf .
Perasaan memang tak boleh dikawal .
Bukan aku sengaja nak suka kau .

Tapi aku faham , cinta satu benda yang sukar orang nak faham . Mungkin apa yang kau rasa , berbeza macam apa yang aku rasa . Tapi aku tak pernah nak putus asa . Sanggup aku tolak orang lain sebab aku setia nak tunggu kau sampaikan kawan aku cakap aku bodoh . Dia bodoh . Takkan dia tak paham yang hati memang tak boleh dipaksa ?

Aku tetap tunggu kau .


Remeh Temeh Memeh .

Bukan semua yang kau nampak ,
Kau dengar ,
Boleh terus kau hadamkan .
Guna setiap anggota yang ada .
Mohon manfaatkan anugerah itu .
Agar kau boleh tahu apa sebab serta maksudnya .

Tolong Kawal Lain Kali .

Aku kalah dengan bisikan syaitan .
Acapkali marahkan diri sendiri sehingga orang lain turut dimaki .
Mana mampu mengawal hati yang geram .
Seringkali dia menasihati ,
''Maki bukannya boleh redakan marah.Bawa betenang''
Lantas tersedar .
Lalu hati mula sejuk .

BILA LAGI ?

Bila lagi hari itu akan datang ?
Penat .
Lelah aku menunggu hari itu .
Lalu aku pesan kepada hati agar bersabar .
Hari itu akan muncul nanti .
Dia tidak lari .
Cuma tiada disisi hati .
Bila hari itu datang nanti ,
Jangan harap aku nak lepaskan kau pergi .
 THE NIGHTMARE IS COMING .

NANTI .

Kita takkan selamanya begini .
Nanti , kau akan jadi milik aku .
Lepas tu nanti kita akan bahagia .
Tapi lepas tu , kau akan marah .
Kau akan marahkan aku .
Kau akan bencikan aku .


Perasaan macam tu akan buat aku jadi sedih .
Lalu menangis kerana terlampau kecewa .
Tapi tak apa , itu semua lumrah .
Jangan hidup kalau kau takut nak harung semua benda tu .


Tapi aku pinta .
Kalau boleh , biarlah kau disamping aku sentiasa .
Agar aku kau berikan kekuatan .
Supaya boleh terus harung hidup .
Temankan aku ye ?

Aku sayang kau .
Tapi biarlah hati aku sahaja yang tahu .

AKU SUKA DIA .

Bunyi macam tajuk lagu ?
Aku tak peduli .
Janji , aku suka dia .
Ya , aku suka dia .
Tapi . dia dah ada orang yang punya .
Tapi , aku tak sanggup nak rampas kebahagiaan orang lain .
Tapi , aku sanggup tunggu dia .
Tapi sedarlah sikit , dia kekasih orang !
Tapi tapi tapi !
Mana ada tapi tapi .
Lupakan hasrat kau !
Jangan nak menggedik rampas kebahagiaan orang .
Karma !
Nanti jadi dekat kau , meraung satu dunia dengar !

Biar Hanyut .

Kadang kadang , terdetik di hati .
Nak mencari bayangan kau .
Tiba tiba terfikir ,
Kau dah pergi , dah tinggal aku jauh benar .
Belum sempat aku nak leburkan isi hati .
Bulan ?
Bulan mungkin tak secerah kau .
Yang tinggal , hanya aku .
Berlari ,
Berusaha berlari mencari sinar baru .

Sang Awan .

Sang Awan ,
Tolong bahagiakan aku dengan titik titik hujan .
Yang tidak terucap perlu diberitahu .
Kerana dia membunuh aku .
Perlahan dan perlahan .

Sang langit ,
Lindungi aku dari segala dugaan .
Kembalikan semangat dulu .
Rasa ini hanya satu .
Untuk dia .
Ya , untuk dia .

Tuhan , beri aku kekuatan .
Aku tak mampu .

Hati .

Sweet Carousel

Entah berapa lama lagi .
Hati masih mampu bertahan .
Menanggung rasa , dalam tempo yang sama .

Kumbang Durjana .

Habis madu , sepah kau tinggal !
Cantiknya perangai kau tunjuk .
Guna aku untuk dapatkan apa yang kau impikan .
Bila dah dapat ,
Aku kau hiraukan .
Ok . Terima kasih untuk itu .
Kau memang sial .
Aku harap , siapa yang berkasih sayang dengan kau mati awal .
Aku doa , biar kau dipanah petir , juga mati .
Bunyi seakan kejam ?
Sekurang kurangnya , aku tidak sekejam kau ,
Setan bertopengkan manusia yang kononnya anak mak !

Kerana Kalian Sendiri Tidak Tahu .

Aku terhidu bau hujan . Hmm . Aku suka bau ni . Buat aku rasa tenang . Tenang ? Hmm . Lah sangatkan . Cuba memujuk diri sendiri sebenarnya . Rasa sedikit sakit . Pedih . Malas nak terus ingat kisah silam . Tapi bila makin nak lupa , makain bermain dekat benak otak aku . Ahh , celaka . Aku tak suka perasaan macam ni . Terasa seperti mahu menembak diri sendiri . Persoalannya , kenapa tak ada yang cuba nak faham ? Hanya tahu mengadili tanpa tahu apa apa . Lancau . Kau ingat kau Tuhan nak mengadili orang ? Kau pun sama . Macam setan , tapi acah acah malaikat ! Kalaulah kau tahu kenapa aku buat semua benda bodoh tu , mesti kau diam kan ? Eh lupa , mulut sial macam kau mana boleh berdiam diri . Nanti panas bontot . Kesian . Tapi tak apa , biar aku sahaja yang tahu . Kalau kau tau , kelak kau sebar satu dunia . Opss . Aku mohon , tolong jangan menghukum tanpa mengadili terlebih dulu . Sedih . Mohon ada seseorang yang boleh dengar kata hati aku . Agar ada yang faham isi hati aku . Setidaknya , ada juga orang yang bolah dengar dari pihak aku . Ah , dunia memang tak adil !