Time Machine .
Alangkah bagusnya kalau suatu hari masa jalan jalan , aku tersepak botol yang dalamnya ada seekor jin yang minta supaya aku buat 3 permintaan . Kan bagus ! Permintaan yang pertama , aku mahu dunia yang aman . Tanpa perang , tanpa kematian akibat bom serta bedilan senjata . Aku mahu dunia yang aman ! Kerana aku mahu anak anak cucuku hidup dalam dunia yang aman . Kedua , aku mahu segudang wang . Tapi untuk apa ? Biarlah aku gunakan wang wang itu untuk membantu orang . Masih ramai yang memerlukan bantuan . Maksud aku , yang benar benar memerlukan bantuan . Ramai yang susah tetapi tidak dibantu . Persoalannya , mengapa tidak dibantu ? Kerana manusia kejam . Yang kaya , masih mahu mencari kekayaan . Tamak ! Permintaan ketiga , aku mahu minta lagi tiga permintaan . Kalaulah boleh putarkan semula masa , kalaulah time machine benar benar wujud , aku sanggup membelinya . Aku mahu kembali menjadi seorang bayi . Yang hanya tahu menangis serta merengek . Aku penakut . Pengecut ! Masih belum berani menghadapi liku dunia .