Separuhnya Lagi .

Pagi itu suram . Minah tu rasa macam tak sedap hati . Hari itu lain . Tak macam hari hari biasa yang dia jalani .  Masa dia mandi pagi itu , dia lansung tak menyanyi . Ini menambahkan lagi rasa pelik dalam diri . Selalunya , pukul 5 pagi dah dengar dia melalak dalam bilik air . Dalam otak ligat berfikir . Macam macam kemungkinan yang ada . Ish ! Apa sebenarnya akan jadi ni ? Hati sibuk memujuk diri sendiri . Biar tenang kononnya . Sebenarnya , minah ni pelik . Tak suka berkawan . Lebih senang tersenyum sendiri menghadap telefon pintarnya . Biasalah , remaja . Macam macam ! Twitter , facebook , whatsapp . Entah apa lagi . Banyak sangat untuk disenaraikan . Tapi mujur rakan rakannya memahami . Dah faham sangat . Mari baca , aku mahu cerita pasal 'kisah cinta' minah ni . Empat bulan lepas , minah ni ada seorang pakwe . Sama macam orang lain , disogokkan sikit ayat bunga bunga , habis cair bak lilin . Kononnya ! Tapi kasihan pakwe dia . Sama nasib macam yang dialami oleh bekas bekas pakwe minah tu . Entah berapa ramai bekas pakwe dia . Dia tak peduli . Bekas , biarlah . Mahu fikir apa lagi ? Yang lepas , biarkan lepas . Aiseyman , pandainya cakap ! Sebenarnya , cerita yang sebetulnya belum diceritakan lagi ni . Berbalik pasal pagi tadi . Memang betul kata hatinya ! Pagi yang dah tak seberapa nak pagi tu , kawan dia menyampaikan berita . Pasal pakwe dia . Ingatkan pakwe dia boleh tunaikan segala janji yang ditaburkan sebelum ni , rupa rupanya sama . Tapi minah tu tak kisah sangat . Dah biasa . Cis tak kisah lah sangat ! Mahu dekat seminggu dia menangis . Haha . Minah ni gaya macam hati kering , konon macam kuat habis lah . Tapi sebenarnya , hati agar agar ! Rupa rupanya , pakwe dia dah ada awek lain . Mahu tahu apa yang jadi lepas tu ? Dia terus tak suka nak ada pakwe lagi . Serik ! Dia suka tak mahu diperbodohkan dengan janji janji palsu . Tapi dia sentiasa mengharap , masih berangan angan supaya sesuatu yang belum pasti akan datang membawa belahan hati serta payung untuk melindungi dirinya . Sentiasa berharap agar angan angannya akan disambut kenyataan . Empat bulan lepas kejadian tu , tiba tiba hadir pelangai selepas ribut . Pelangi itu berjaya membuka pintu hatinya . Tapi dia masih mengharap , agar kali ini tiada lagi ribut . Meskipun khuatir , namun dia tetap teguh dengan pendirian . Persetankan apa kata orang , asalkan dia tahu siapa yang dia sayang . Belahan hatinya telah diberikan pada lelaki itu . Semoga lelaki itu menjaga belahan hati tersebut seperti menjaga hatinya sendiri . Hati minah itu terlalu fragile . Terima kasih Tuhan , kau berikan semula sinar .

Untuk kau . Semoga kau membacanya .