Kau ingat kalau kau jual ikan busuk tepi jalan, ada kereta hendak berhenti, minta timbang sekilo ikan untuk beli? Walau cantik rupawan manapun rupa ikan, tapi kalau isi tak segar, jangan pernah letak harapan, jangan pernah. Bukan setakat nak singgah, nak lalu sebelah pun tak lalu.
Kau ingat kau boleh hidup kalau jual ikan busuk? Orang tak suka, langsung. Kau simpan ikan segar-bugar untuk diri sendiri, tapi kau bagi ikan busuk dengan tangan kanan. Konon-konon beradab apabila beri guna tangan kanan. Tapi, kau jangan ingat aku tak tahu menilai kualiti ikan.
Kau silap, silap besar.
Diam bukan makna aku bisu, aku cuma membatu sebab aku tahu kau tak mahu buka hati terima kata-kata aku.