KERANA KAU PEREMPUAN .


Perempuan
Hatinya gelas
Rapuh
walau kasihnya tak terbatas

Perempuan
Rahasianya seribu
tapi sayangnya satu

Perempuan
Berdiam bila suka
Diam juga bila berduka

Perempuan
Bencinya lama
Selama mana cintanya

Perempuan
Malunya tinggi
setinggi harga diri

Dan perempuan
Dirimu bertuah
Jangan lemah mengalah
Hanya kerana statusmu perempuan