Setiap kali terjatuh, aku bangun dengan semangat baru untuk lawan mereka yang hancurkan aku.
Tapi apabila kisah itu ada engkau, terus hilang deria rasa deria mata deria telinga dan deria jiwa.
Aku gugur tak bertulang. Aku jatuh tak berbangun dah.
Jatuh.
Aku kurang setuju dengan itu, mungkin tersadung.
Tersungkur pun barangkali.
Terbenam muka dalam tanah.
Terpecah rahang kena tanah.
Terpatah riuk tulang.
Jatuh sampai sudah.
Bertahun tahun lemah.
Tak bangun bangun dah.
Semua sebab kau.
Hingga jasad ini dah lali.
Hingga maruah dah tak terduli.
Bodoh apa.
HOI, LIHAT SINI.
Ini aku, ada hati. Ada nyawa lagi.
Jagalah aku seperti angkasa yang gelita.
Pimpinlah aku seperti nenek tua yang buta tak bersuara.
Jangan hitung kisah lama aku.
Kesahkan kisah depan aku.
Aku penat lah hidup dibawah.
Terbenam sampai kena pijak.
Bila kena pijak, aku menyalak macam anjing kurab.
Orang tetap boo.
Orang tetap salahkan aku.
Sedangkan aku sendiri tak mahu jadi itu.
Tapi apa lagi dayanya sang kekelip nak menandingi bintang yang purnama dipuja orang.
Memelihara hak sendiri, kena maki.
Meng-iyakan perkara yang celik, dikatakan pelik.
Amboi.
Baik aku selitkan aje kata kata itu dalam kotak otak aku ini.
Baik aku simpan aje suara dalam kerongkong ini.
Dan aku muntahkan disini.
dengan tulisan comot yang ntah apa apa ini.
Sekian.