If You Are The Real Stalker , Then I Want You To Read This .
Tak kira senang atau susah. Tak kira sakit atau sihat. Aku merayu, tolonglah sentiasa ada disisiku.
Sering lalai dalam setiap masa dan keadaan. tak kira apa jua keadaan baru aku teringat kepadaNya. Tak naklah macam tu lagi.
Nak cerita satu kisah, ini hanya pendapat di mata dan gerak hati. Pemerhatian yang aku rasa dalam hati. Kalau salah maaflah, sebab pandangan aku sahaja. Tak ada niat nak perkecilkan orang atau jatuhkan orang. Pendapat tak ada salah dan betul bukan. Yang lebih tahu dan sedar si pemilik badan.
Kadang kadang mulut sering berdusta, menidakkan apa yang betul dan mengiyakan apa yang salah. Cuba menjatuh jatuhkan orang kalau rasa dia tak layak. Kehendak hati nak semua orang ikut hati dia. Tapi apakan daya bila kita berkawan dan mula membenci orang mulalah hati membusuk dan mulut berdusta.
Kata orang manusia boleh berubah, kalau ikutkan masa kita tunggu dan lihat. Ada yang masih macam tu, ada yang makin teruk dan ada yang berlakon. Kalau dia kata plastik untuk orang yang tak layak untuknya seperti tidak sama taraf bukan, dia hanya merasakan semua itu dusta sedangkan dia sendiri sedang berdusta.
Kalau rasa orang itu bukan terbaik janganlah kau api apikan hatinya. Jangan pula kau menunjukkan kebencian dan mula berdusta perihal orang itu. Cuba kau belajar sesuatu darinya. Mulut itu lebih baik dikunci dari mengeluarkan kata kata yang pahit dan menyakitkan hati.
Kalau rasa mereka itu salah termasuk aku. lebih baik perhatikan, perbetulkan dengan cara baik. Belajar dari kesalahan kami sekiranya kami ini hanya berdusta. Berfikir ke arah postif di suatu sudut negatif engaku itu. Insya Allah kau nampak kebaikan itu.