Kalaulah kau baca .


Perlu ke kamu cemburu bila melihat ex kamu dengan yang lain? Sedangkan pada dulunya kamu yang malu, dan tinggalkan die merangkak seorang. Saat dia minta untuk di pimpin, minta untuk di jaga, kamu dengan serba sikap terpaksa terus layankan saja. Padahal, kawan-kawan kamu yang lebih mengambil berat. Dari dulu, hingga kini. Bukan semua yang aku boleh harapkan, cuma satu dua.

Masih ingat lagi, kamu tinggal dia bagai bangkai busuk. Kamu pergi tanpa kamu tinggalkan sedikit kata-kata, dan sekarang dia menjalani hidupnya dan segalanya serba tak kena di mata kamu? Kenapa sekarang?

Kamu bilang kamu tak pernah kenal perempuan bernama AA, tapi kenapa perihal die juga yang tak lepas kamu sebut? Biarpun pada kawan-kawan, atau sesiapa saja. Aku tak peduli yang buruk mahu cantik yang kamu canangkan, ayat " Tak pernah kenal perempuan bernama AA " ini masih segar terngiang. Masih segar berputar di minda.

Biarlah aku jalani hidup aku. Kisah kita, kita kita saja yang tahu. Tak perlu nak dikecahkan satu dunia. Kamu halang aku menyebut kisah kamu, dan harus kamu tahu aku sudah tak mahu dengar kisah aku keluar dari tiap bicara kamu. Sudah-sudah la.

Kamu yang pinta semua ini habis, jadi aku cuba habiskan. Kamu nak pergi, pergi terus. Jangan nak u-turn lagi.