Kau Baca ? Alhamdulillah .


Hati aku ni batu konkrit sayang. Keras. Even kalau dicurah dengan air pun, boleh terhakis, tapi makan masa. Susah kalau nak sulam kasih ber baby busuk hamis dengan perempuan macam tu. Fine, macam aku. Even aku sendiri pun pernah menyampah dengan diri sendiri atas perkara yang sama. *Senyum

Kita berbalik pada soal cinta. Sini aku kasi tahu kau. Itu pun kalau kau perasan akan kewujudan blog ni. Kau tu kau, ya kau. Kalau kau terasa bagus lah. Minta-minta mata yang melirik terus ke otak dan berfikir.

Kalau aku kata sayang, mungkin aku tipu. Kadang-kadang mahu menjaga hati atau tak mahu menghampakan sesiapa. Niat aku baik, tapi bila disalah erti, aku yang jadi pesalah. Dituduh memainkan perasaan. Tapi untuk kau, sayang aku ikhlas. Kalau boleh dibawa mati, aku mahu kau ikut sekali. Berliang lahad dengan aku.

Kalau kau perasan, aku bodoh dengan perkara yang melibatkan aku untuk tukar keadaan duka kepada suka. Itu aku. Walaupun cara aku kolot, kata maaf aku dah busuk basi, selagi aku tak diam, aku ambil kisah. Engkau tu sebahagian tanggungjawab aku sejurus selepas aku katakan 'ya'. Tolong nilai aku dengan apa yang aku usahakan.

Kalau kau rasa aku pelupa, lupakan kau, aku mengaku itu aku. Aku leka dengan dunia aku. Dunia aku yang entah apa-apa bagi kau. Tak kisah lah. Selagi aku tak memantat belakang kau, tolong lah tahu aku yang kau rungutkan ni punya hati. Hati tu kau dah curi. Kau yang pegang, kau yang simpan, tapi tak pernah berpuas hati.