Tiba tiba aku rasa nak buat satu pengakuan kat sini. Tapi kejap, aku nak pergi basuh muka, berus gigi dan kencing. Lepas tu aku sambung. Kejap tauu..
Aku pergi betul betul tau. Tak percaya sudah...
Tapi..
Percaya lah. Aku tak tipu.
Apa tadi aku mahu cakap, sebelum aku pergi basuh muka, berus gigi dan kencing? Oh ya, aku nak buat satu pengakuan. Satu pengakuan.
Pengakuannya adalah, aku gay.
Okaylah, bergurau je.
Pengakuannya, aku makin jelik, rimas, menyampah tengok mana mana pasangan lesbian bermaharajalela dan berleluasa mempamerkan cinta mereka di khalayak ramai.
Maksud aku di sini adalah pasangan lesbian antara pengkid dan perempuan biasa, perempuan tak pengkid. Aku cakap macam ni sebab aku tak pernah tengok lagi depan mata pasangan pengkid dengan pengkid atau perempuan lesbian dengan perempuan lesbian. Belum. Sebab tu aku tak bising. Tengoklah kalau jumpa nanti.
Aku kurang berkenan sikitlah dengan cara mereka, sorang tu feeling abang abang gagah, sorang lagi tu feeling manja manja, hot pulak tu. Namun begitu, aku tidaklah mencemburui keabang abangan dan ke-hot-an mereka. Cuma aku, rimas.
Dulu, sebelum ni, aku boleh terima pasangan songsang macam ni. Kalau terserempak, aku pandang senyum senyum tanda merestui. Aku tumpang gembira kerna mereka berbahagia. Lagi satu, aku bangga sebab pengkid pengkid tersebut lagi handsome dari lelaki tulen. Mana lelaki normal tak makan hati tengok pengkid lagi kacak bergaya daripada mereka, sudahlah tampan, awek hot pula. Ehemm..
Walaupun perkara tu dosa besar, tapi aku melihat mereka sangat cool. Sangat sangat. Sangat cool. Tapi entah macam mana, makin lama makin meluat. Lagi lagi bila tengok gambar mereka di sana sini. Aduhh pusing aku, pusing. Aku... tak tahu nak cakap apa lagi. Tu belum baca blog, masing masing cerita kisah cinta. Putus lah, gaduh lah, sedih lah, nak mati lah, apa lah.
Cinta pengkid adalah cinta mati, cinta agung. Ketahuilah kalian. Setianya mereka mengalahkan lelaki. Tapi nak buat macam mana, setia setia pun tetap haram kak. Maaf, bang. Err, babe. Sorry, bro. Haram bro.