Dia pernah jadi sumber inspirasi kau ,
Dia pernah buat kau bahagia suatu ketika dulu .
Tapi , itu semua dulu .
Apa yang ada sekarang ?
Kau dilayan bagai anjing kurap .
Merintih , menagih simpati orang .
Walhal , dulu kau seorang yang kuat , cekal hati .
Tapi apa yang jadi pada engkau sekarang ?
Lembik macam sayur !
Membazir .
Masa , air mata serta segala .
Kau patut sedar , dia sudah tak perlukan kau .
Kau patut teruskan hidup kau .
Mungkin , kau patut cari hidup baru .
Atau mungkin , kau patut ubahsuai apa yang ada .
Aku tau , kau boleh .
Kau kuat ! Aku percaya kau boleh lupa dia , lantas teruskan perjuangan kau dalam hidup .
Aku sokong kau dari belakang .
Aku nak tengok Yana yang dulu !
Yang kuat , ceria , yang tahan segala ranjau kehidupan .
Aku mahu Yana yang mudah senyum . Macam dulu .