dia diam di situ melihat sekeliling
memerhati tingkah langkah manusia
langsung berkerut dahi tanpa asbab
dikecilkan mata belajar memahami
namun buntu datang meniup gelora
kabur seketika
apa kau mahu terus jadi manusia tak bersyukur?
tiba tiba suara kecilnya bertanya
kau sudah dikurnia nikmat berjuta
lalu apa lagi mahu mu?
sekali lagi suara kecil itu mendesak
lagi dan lagi
dan dia masih lagi menjadi pemerhati sejati
wajah tenang tapi nafas sedikit kencang
tampangnya gembira tapi tak siapa tahu
ada perang emosi belum disudahkan
sampai bila?