Hati .

Awak dan lelaki itu tak boleh semeja. Sebabnya dia pun sukakan perempuan yang sama. Dia pun tunggu bertahun macam awak. Tapi awak yang dapat dulu. Hari itu kita nampak anak mata awak melirik memandang dia tidak puas hati. Sampai boleh hidu ego hapak lelaki. Busuk. Naluri rasa tersaing itu tak akan bawa awak ke mana. Jangan cepat rasa menang. Ini bukan pertandingan mahu merebut sekeping hati. Hati itu mahal. Kita kan dah ada 'kita'. Hati yang direbut itu ada bersama awak. Tatang sebaik semanja mungkin. Insyaallah tak ada tamat tempoh. (: