Minta Segalanya .


Jatuh, berdiri, jatuh lagi, merangkak mencapai besi, dipijak, diseret. Dicaci, dimaki, diludah, cuba berdiri. Akhirnya, dia datang menghulur dua tangan kecil.


Kita hanya mengejar satu impian yang sama, iaitu hanya bahagia. Kita mengenali sesama kita dari tidak punya apa, hingga sekarang alhamdulillah sudah capai sedikit harta.


Kita jatuh bangun bersama. Ketawa nangis riang berdua. Jadi, peduli apa orang nak kata?


Asalkan kamu tahu, hati ini sudah sepenuhnya menyayangi kamu. Walau buruk baik, walau hodoh cantik, walau busuk wangi, walau siang dan malam, makanya apa apa sahaja akan kita perjuangkan bersama. Tiada orang lain, hanya KITA.


Dengan hati dan perasaan kasih sayang yang dikurniakan Allah, aku tetap akan sayangkan kamu sebagaimana kamulah nyawa dan juga jiwa. Jika saat itu aku meninggalkan kamu kerana manusia itu tidak sempurna, maka