Zaman Jahiliah .

Oh sorry, Assalamualaikum. Cuaca panas hari ni.

Dulu, aku mengaku, aku antara orang yang cepat menghukum orang lain. Pantang buat salah sikit, terus aku cakap macam ni :

"Aku baru lepas curi pensel 2B kawan aku"
"Ayokk, dosa. Kau masuk neraka"

"Wei babi anjing puki buto lah kau!!"
"Ayokk, dosa. Kau masuk neraka"

"Best woo 'main' dengan pakwe aku malam tadi"
"Ayokk, dosa. Kau masuk neraka"

"Tau tak weh malam boyfriend aku open table, banyak kot aku minum"
"Ayokk, dosa. Kau masuk neraka"


Terus label dosa, terus hukum masuk neraka. Tuhan ke aku?

Tapi bila dah lama lama aku bergaul dengan pelbagai jenis manusia ; alim, sempoi, gila, feeling alim, sosial, kaki minum, kaki ehem ehem, main ganja... akhirnya aku faham, itu pilihan hidup mereka. Berani buat berani tanggunglah.

Memanglah apa yang mereka buat tu salah, dosa, dan sukati kau lah nak label apa, tapi baik sangat ke diri kita ni? Setakat lilit kepala dengan tudung tapi balut badan sampai tak ada udara keluar masuk, setakat belajar agama dari buku agama dan video Ustaz Azhar Idrus tapi tak amalkan sebaliknya kau buat ilmu tu untuk sindir sindir orang, setakat kau solat lima waktu sehari semalam tapi makan harta anak yatim, semua tu akan bawa kau ke syurga ke?


Bagi aku, senang je. Macam ni. Confirm ke orang yang baik, selalu buat pahala hari ini, akan masuk syurga kelak? Dan yakinkah kau yang semua pendosa sekarang ni, akan dihumban ke neraka nanti? Masa depan tak boleh kita ramal. Macam macam boleh jadi.

Macam mana kalau pendosa tu dapat hidayah Allah sebelum mati lalu bertaubat nasuha setiap hari?

Perkara tu yang aku fikir setiap hari. Aku percaya, Allah Maha Pengasih dan Pengampun. Kun Fa Ya Kun. Aku percaya semua tu.

Aku pernah tengok telemovie Antara Garisan, bagus cerita tu. Seorang ustaz dan sorang perempuan bertudung juga alim tapi mereka terjerumus ke dalam lembah zina, jerangkap syaitan. Kakaknya, GRO tapi akhirnya dapat hidayah terus bertaubat nasuha.

Antara baik dan jahat itu ada satu garisan yang sangat halus dan rapuh. Bila bila masa sahaja, tanpa kita sedar, kita dah TERlintas garisan itu. 



Jadi apa yang aku bebel kat sini adalah, jangan cepat sangat kita jatuh hukum kat orang lain yang buat dosa. Ajak dia elok elok ke arah kebaikan.

Apa yang aku perhatikan, bila orang buat salah je, kita akan terus bagi tarbiyah siap pakej kuliah subuh. Adehh, mana orang tu nak dengar. Orang tu dah seronok dengan dosa, syaitonnn dah sebati dengan diri.

Bagi aku, apa yang kita perlu buat ; kita dekati dia, berkawan dengan dia, kenal hati budi, selidik latar belakang kenapa jadi macam tu. Lepas tu, barulah perlahan lahan kau basuh dia. Slow and steady, tak slow tak menjadi wei.


*sekadar pandangan peribadi untuk dikongsi dengan semua*