"Eh! Pekabor? Lama tak jumpa."
"Khabar baik. Sihat?"
"Sihat. Gila la! Lama tak jumpa!"
"Tu la pasal! Kau buat apa sekarang?"
"Aku kerja kat pilot."
"Kau jadi pilot?"
"Bukan, aku kerja dekat kilang Pilot."
"Oh. Aku kerja dekat universiti sekarang."
"Oh? Jadi pensyarah dah sekarang!"
"Bukan, kerja kat kantin."
"Oh, okay."
"Eh, ingat lagi Johan?"
"Johan mana eh? Yang botak tu ke?"
"Ha! Yang tu la!"
"Oh, budak kelas pandai tu dulu. Aku selalu tiru dia masa ujian add math. Mana dia sekarang?"
"Pusat serenti."
"Oh..."
"Bukan, dia kerja dekat pusat serenti."
"Oh! Okay! Aku ingat dia hisap dadah ke apa."
"Dia jual ais sekarang."
"Astaghf--"
"Ais kacang dekat Seksyen 9."
"Oh, okay. Nasib baik."
"Kau apa cerita sekarang, Mat?"
"Aku Firdaus la..."
"Oh, sorry, sorry. Lama sangat tak jumpa sampai aku lupa nama kau."
"Tu la. Last sekali kita jumpa masa form 5 la. Sekolah Menengah Seri Ampang."
"Seri Ampang? Aku dulu sekolah Anderson."
"Oh yeke?"
"Ha."
"Oh, sebenarnya kita tak kenal sesama sendiri la?"
"Tak la kot... Kau habis sekolah tahun berapa?"
"1996."
"Oh, aku 2001."
"Oh."
"Hm."
"..."
"..."
"..."
"..."